Friday, March 25, 2011

Nota mengenai LONTARAK

Apa itu Lontara?

Menurut Wikipedia, Lontara ialah tulisan Bugis yang dikategorikan di bawah keluarga tulisan Brahmi. Lontara dikenali dikalangan masyarakat Bugis sebagai aksara Ugi yang bermaksud "Tulisan Bugis" manakala lontara adalah penulisan-penulisan menggunakan huruf-huruf ini.

Huruf-huruf lontara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

  • indo' surə (ibu huruf).
Indo' surə ialah konsonan-konsonan tulisan Bugis. Terdapat 23 indo' sure. Setiap konsonan mempunyai bunyi 'a' dibelakangnya. Sebagai contoh, huruf 'ᨀ' berbunyi 'ka', huruf 'ᨒ' berbunyi 'La' dan seterusnya.
  • ana' surə (anak huruf)
Ana' surə pula adalah tanda-tanda vokal yang ditambahkan kepada indo' surə supaya ia mengikut bunyi ana' surə tersebut. Terdapat lima ana' surə yang masing-masing berbunyi 'i', 'u', 'ə', 'o', 'æ' (Bunyi 'æ' adalah sama dengan bunyi 'e' di dalam perkataan 'pen').
Ikuti makalah : Notes-on-the-Lontara-As Hisorical Sources. Oleh Andik Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment